PEMBEKAL DAN PENANAM HALIA SABAH: PUSAT PENANAMAN HALIAPUSAT PENANAMAN HALIA...

Sunday, August 26, 2012


 PUSAT PENANAMAN HALIA
PUSAT PENANAMAN HALIA


haliasabah.blogspot.com kami pembekal halia untuk pasaran negeri sabah dan Luar negeri.
Memiliki kawasan halia diusahakan sendiri
Mampu membekalkan dalam 500-1000 KG setiap minggu.
Bekalan adalah amat terhad.
Harga adalah mengikut pasaran semasa, namun kami menawarkan harga pembekal kepada yang membeli secara pukal melebihi 500 kg.
Jika berminat hubungi kami
Kawasan pusat pengeluaran Telupid
Pasaran setakat ini, Kota Kinabalu
Ranau, Telupid, keningau
Hubungi kami :  016-8320776( Conol),014-3660702 (Amelia), 013-8784161(Leio)
Sila buka iklan promosi kami dibawah untuk keterangan lanjut:


Pusat pengumpulan halia dan pasaran kami setakat ini.
1. Ranau - untuk pasaran telupid, ranau, kundasang dan pekan nabalu
2. Menggatal - untuk pasaran menggatal, inanam, penampang, kk, tuaran, papar dan sekitar    kk.
3. Memiliki pasar sendiri untuk pasaran kecil-kecilan.
4. Menjadi Rakan pembekal pasar pemborong Wongkok
5. Kami juga memasarkan halia terus kepada pengusaha restoran, pasar, dan lain-lain tanpa melalui orang tengah.


Halia tua yang sedia dipasarkan adalah jenis terbaik dan berkualiti tinggi
AGRO  ORGANIK
Sebahagian stok halia untuk pasaran Tempatan
AGRO  ORGANIK
Halia jenis pedas dan wangi khas untuk 
pasaran tempatan



AGRO  ORGANIK
Longgokan halia yang sedia dipasarkan
BEKALAN HALIA YANG SEDIA DIHANTAR KEPADA PELANGGAN




ANDA MESTI TAHU TENTANG HALIA

Tumbuhan ini berasal dari Asia Selatan (India).Halia (Zingiber officinale) merupakan tumbuhan herba yang tumbuh sepanjang tahun. Hidup liar di ladang-ladang tanah lembab serta memperolehi banyak sinar matahari.
Kandungan kimia
Halia mengandungi banyak atsiri, damar, mineral sineol, fellandren, kamfer, borneol, zingiberin, zingiberol, gigerol(misalnya di bahagian bahagian merah), zingeron, lipidas, asam aminos, niacin, vitamin A, B1, C dan protein. Minyak halia berwarna kuning dan kental. Minyak ini kebanyakkannya mengandungi terpen, fellandren dan dextrokamfen.
Manfaat halia
Menurut farmakologi Belanda, umbi Zingiber officinale mengandungi 6% bahan ubat-ubatan yang sering diguna sebagai rumusan ubatan di 23 buah negara. Sejak dahulu lagi , halia dipergunakan sebagai ubat atau bahan untuk memasak. Halia boleh merangsang kelenjar pencernaan, baik untuk membangkitkan nafsu makan dan pencernaan.
Halia berguna sebagai ubat gosok untuk badan dan sakit kepala. Halia segar yang ditumbuk halus boleh digunakan sebagai ubat luar. Rasa dan aromanya pedas dapat menghangatkan tubuh dan mengeluarkan peluh. Minyak atsirinya bermanfaat untuk menghilangkan rasa lenguh, anti inflamasi dan anti bakteria. Air perahan umbinya (akar tongkat) digunakan untuk penyakit katarak. Ia juga amat baik untuk mengubati luka luar dan dalam, merawat gatal-gatal(umbinya ditumbuk halus) dan juga dapat mengubati gigitan ular.
Kegunaan lain
Sakit kepala atau migrain, batuk, masuk angin, reumatik, lenguh pinggang, mengeluarkan angin dari perut, bengkak-benkak, mual dan mabuk dalam perjalanan, panau, digigit ular, ubat cacing gelang dan gatal akibat gigitan serangga.


PANDUAN RINGKAS PENANAMAN HALIA

PENGENALAN:

Halia atau nama botani Zingiber officinale Rsc. Ditanam sebagai tanaman tunggal atau selingan di tanah-tanah
mineral dan gambut
JENIS-JENIS HALIA
Halia Bentong –Mempunyai rizom yang besar dan berisi bendalir (berlendir dan berair)
Halia Taiwan – Mempunyai jari-jari rizom yang besar penuh berisi, berlendir dan sederhana pedas.
Halia Indonesia – Mempunyai rizom yang panjang dan berwarna kuning muda.
PENANAMAN
Halia sesuai di tanam di pelbagai jenis tanah (termasuk tanah gambut) yang mempunyai saliran baik serta gembur dan
peroi agar tidak menyekat pertumbuhan rizom. Halia hidup subur pada pH 5.5 hingga 6.5. Walaubagaimanapun ianya
boleh juga di tanam di tanah gambut yang pHnya 3.8.
Halia memerlukan taburan hujan sebanyak 200 hingga 260 cm setahun dan ia juga perlu sedikit naungan.
PERSEDIAAN BAHAN TANAMAN
Halia di tanam daripada keratan rizom tua yang berumur lebih sembilan bulan. Rizom yang berpenyakit hendaklah
dimusnahkan untuk mengelakkan merebaknya penyakit bakteria dan kulat halia.
Rizom-rizom disimpan di tempat teduh dan berangin selama dua hingga tiga minggu untuk percambahan tunas-tunas.
Kemudian rizom di kerat 5 cm panjang dan mempunyai sekurang-kurangnya dua mata tunas.
Anggaran 25-33 keratan boleh didapati dari 1 kg rizom.Keperluan bahan tanaman di anggarkan 1,500-2,000 kg rizom
segar sehektar.
Rizom-rizom direndam selama lima minit dalam larutan Bordeaux (4:5:50). Selepas itu keringkan semalaman sebelum
menanam.
Tujuan merendam dalam larutan tersebut ialah untuk mengurangkan penyakit layu.
PENYEDIAAN TANAH
Bajak dan gembur tanah sebelum menanam. Buatkan batas 30 cm tinggi dan 61 cm antara batas.
MENANAM DI LADANG
Sebaik-baiknya halia ditanam dalam bulan Februari dan Mac iaitu musim permulaan hujan. Ini membantu
percambahan rizom-rizom. Musim kemarau berikutnya pula mengurangkan berlakunya penyakit layu.
Petani-petani biasanya mengamalkan jarak tanaman 25-30 cm empat persegi di Bukit Tinggi dan 20 cm x 30 cm dua
baris di Tanjung Sepat. Walaubagaimanapun jarak tanaman yang di syorkan ialan 60 cm dalam barisan. Jarak sebegini
menggalakkan pembesaran rizom yang lebih subur dan memberi sejumlah 53,790 pokok sehektar.
Atur keratan-keratan rizom di atas batas. Gali lubang sedalam 15 cm dan letakkan rizom dengan ‘mata’ tunas
menghala keatas. Kambus dan padatkan tanah. Beri naugan kepada pucuk-pucuk baru yang muncul dalam masa 2-4
minggu selepas menanam.
PEMBAJAAN
Tanah gambut – gunakan baja campuran yang mengandungi 73 kg N, 44 kg P2O5 dan 236 kg K2O sehektar
Untuk tanah bukan organan di syor menggunakan baja campuran yang mengandungi 56 kg N, 67 kg P2O5, dan 112 kg
K2O sehektar.
Baja di tabur secara selerak seminggu sebelum menanam dan dua bulan selepas menanam di tabur di keliling perdu.
MERUMPUT
Sekurang-kurangnya 1-3 pusingan merumput dibuat semasa membaiki batas-batas.
PENUAIAN
Halia dituai sebagai halia muda bila berumur 4 ½ - 5 bulan dan halia


Berikut adalah beberapa Fakta tentang pengeluaran halia dunia
Berdasarkan kepada kajian yang telah dilakukan oleh FAMA pada tahun 2000
Pada tahun 2000 eksport di pasaran dunia bagi halia ialah 226,743 mt bernilai USD 130, juta.
10 negara pengeksport utama dunia adalah
  1. China 49%,
  2. Thailand 14%
  3. Taiwan 7%,
  4. Indonesia 4%,
  5. Brazil 4%,
  6. India 4%,
  7. Belanda 3% 
  8. Fiji 3% 
  9. Nepal 2% 
  10. Singapura 2%. 
Eksport Malaysia pada tahun tersebut hanya 189 tan metrik bernilai USD 97,000 terutama ke Singapura(75%) dan Amerika Syarikat (11%) . Ini bermakna syer pasaran eksport Malaysia di dunia 0.08% sahaja menjadikan Malaysia di tempat ke-28 di pasaran dunia. Walaupun kuantiti eksport dunia telah berkembang sebanyak 8% dari tahun 1966-2000, namun pada tempoh tersebut, eksport Malaysia merosot sebanyak 22% . Pengeluaran di Semenanjung Malaysia berkurangan dari 54.3 hektar pada tahun 1996 ke 244 hektar pada tahun 2000.



BERIKUT ADALAH BEBERAPA GAMBAR BERKAITAN DENGAN HALIA


 

HALIA TEMPATAN MERUPAKAN PERASA TERBAIK DALAM MAKANAN


HALIA DIGUNAKAN DALAM PELBAGAI PRODUK KESIHATAN